Thursday 26 March 2009

KOMPUTER BERSEPAH?

anda pernah terfikir, komputer anda "bersepah" dengan internet history, cache, file2 yg tak guna atau sistem daftar (registy)? pastu, korang adalah yg agak malas untuk kemaskan/padam satu perkara yang saya sebutkan di atas? DAH! tak payah risau. saya ada penyelesaian untuk semau masalah tu. Gunala CCleaner. apa benda alah ni? ok, CCleaner ni satu aplikasi sistem komputer dimana, hanya satu klik, semua internet history, file2 yang empty, tak guna dan sebagainya akan dipadamkan dan mengembalikan sejumlah ruangan memori untuk anda.
"takutlah nak guna, nanti fail2 penting terpadam kat komputer ni, habis la saya" anda berperasaan mcm tu? JANGAN RISAU. penggunaan sistem ini, SAMA SEKALI TIDAK akan menggangu/menyentuh fail2 penting anda, melainkan anda dah DELETE fail2 tersebut sebelum klik butang pada CCleaner. kalau macam tu, saya takleh tolong la. Sebaiknya, check dulu Recycle Bin anda sebelum menggunakan CCleaner. yelah, mana tau, korang terdelete fail. lepas install ni, anda boleh "checkbox" kan opsyen yang mana anda mahu CCleaner bereskan untuk anda. Saya jamin, software ni, mampu menyihatkan kembali tubuh badan komputer anda, dengan menyediakan ruangan HDD kembali, yang selama ini anda tidak tau, fail2 yg tak berguna ni, telah menyemakkan komputer anda. ok, anda boleh lihat screenshot produk ini, dan jika anda mahu, boleh la melayari di laman web Cnet.com. terima kasih

No comments:

Post a Comment